Ini model gambar motosikal Lagenda 115z...Disini saya terangkan secara ringkas tentang cara2 pemasangan mudguard lc...
Selepas anda membuka coverset depan,tayar dan mudguard asal,anda anggarkan dimana kedudukan bracket tersebut patut berada sepertu\i yg saya bulatkan dalam gambar diatas...
Langkah seterusnya ialah memasang bracket pada bahagian yang anda kehendaki..Sebelum itu tengok pada bahagian yang saya labelkan pada gambar diatas untuk langkah selanjutnya...
Label:
1) lapik pada bahagian yang ingin anda letak bracket dengan salotape yang nipis,jangan guna double side tape kerana ianya tebal.Lapik dengan salotape mengelakkan dari fork anda calar akibat cengkaman daripada bracket..
2) Letak bracket dan kunci bracket tersebut menggunakan alenki sekemas yang boleh supaya bracket tersebut tidak longgar..
3) Lihat pada label ketiga yang saya tanda di atas..Pada bracket tersebut ada dua lubang utk pemasangan skru..Skru itu akan dipasang bersama Mudguard LC iaitu selepas anda meletakkan mudguard di situ,barulah anda masukkan skru melalui lubang pada mudguard dan terus dikunci pada bracket.
NOTIS: Semasa anda membeli bracket,jangan lupa membeli 4 biji skru yang bersaiz lebih kurang 1/2 inci kerana skru tidak disediakan bersama bracket yang anda beli KECUALI bracket tersebut berlainan jenis dari yang atas..
Selepas anda letakkan mudguard LC pada bracket,kunci skru tersebut seketat yang boleh supaya mudguard lc tidak longgar..Selepas mudguard lc siap dipasang,maka siaplah modifikasi ini..Seterusnya kita ke bahagian cara2 hendak menurunkan fork bagi Lagenda 115z/zr SAHAJA..
Ini bahagian fork anda..Pertama sekali lihat pada T atau dipanggil sebagai Kaki Tiga...Pada bahagian tersebut terdapat 4 skru yang diikat padanya,apa yang anda perlu buat hanyalah longgarkan keempat2 skru tersebut dan keluarkannya..Selepas anda membuka keempat2 skru tersebut,anda hanya perlu menolak fork keatas sehingga menembusi Kaki Tiga atau T tersebut...Kita lihat gambar seterusnya....
Inilah gambarannya selepas anda menolak fork ke atas dan anda nampak fork tersebut terkeluar sedikit daripada Kaki Tiga atau T seperti yang saya labelkan diatas...Kemudian kuncikan semula skru tersebut...
NOTIS: Selepas anda menolak fork keatas,hanya 2 skru pada bahagian bawah sahaja boleh dikunci pada Kaki Tiga seperti yang saya labelkan di atas..
Kunci skru tersebut seketat yang boleh supaya fork tidak tergelongsor keluar dari kaki tiga...Kemudian anda boleh memasang semula coverset dan motor anda akan nampak lebih bergaya dengan Mudguard LC..
Sekian dari saya tentang cara2 pemasangan mudguard lc dan menurunkan fork..Terima Kasih....