Sunday, 5 June 2011

Cara-cara Pemasangan Mudguard LC menggunakan BRACKET dan Cara Menurunkan Fork bagi Lagenda 115z/zr

Ini model gambar motosikal Lagenda 115z...Disini saya terangkan secara ringkas tentang cara2 pemasangan mudguard lc...
Selepas anda membuka coverset depan,tayar dan mudguard asal,anda anggarkan dimana kedudukan bracket tersebut patut berada sepertu\i yg saya bulatkan dalam gambar diatas...

Langkah seterusnya ialah memasang bracket pada bahagian yang anda kehendaki..Sebelum itu tengok pada bahagian yang saya labelkan pada gambar diatas untuk langkah selanjutnya...
Label:
1) lapik pada bahagian yang ingin anda letak bracket dengan salotape yang nipis,jangan guna double side tape kerana ianya tebal.Lapik dengan salotape mengelakkan dari fork anda calar akibat cengkaman daripada bracket..
2) Letak bracket dan kunci bracket tersebut menggunakan alenki sekemas yang boleh supaya bracket tersebut tidak longgar..
3) Lihat pada label ketiga yang saya tanda di atas..Pada bracket tersebut ada dua lubang utk pemasangan skru..Skru itu akan dipasang bersama Mudguard LC iaitu selepas anda meletakkan mudguard di situ,barulah anda masukkan skru melalui lubang pada mudguard dan terus dikunci pada bracket.
NOTIS: Semasa anda membeli bracket,jangan lupa membeli 4 biji skru yang bersaiz lebih kurang 1/2 inci kerana skru tidak disediakan bersama bracket yang anda beli KECUALI bracket tersebut berlainan jenis dari yang atas..
Selepas anda letakkan mudguard LC pada bracket,kunci skru tersebut seketat yang boleh supaya mudguard lc tidak longgar..Selepas mudguard lc siap dipasang,maka siaplah modifikasi ini..Seterusnya kita ke bahagian cara2 hendak menurunkan fork bagi Lagenda 115z/zr SAHAJA..

Ini bahagian fork anda..Pertama sekali lihat pada T atau dipanggil sebagai Kaki Tiga...Pada bahagian tersebut terdapat 4 skru yang diikat padanya,apa yang anda perlu buat hanyalah longgarkan keempat2 skru tersebut dan keluarkannya..Selepas anda membuka keempat2 skru tersebut,anda hanya perlu menolak fork keatas sehingga menembusi Kaki Tiga atau T tersebut...Kita lihat gambar seterusnya....

Inilah gambarannya selepas anda menolak fork ke atas dan anda nampak fork tersebut terkeluar sedikit daripada Kaki Tiga atau T seperti yang saya labelkan diatas...Kemudian kuncikan semula skru tersebut...
NOTIS: Selepas anda menolak fork keatas,hanya 2 skru pada bahagian bawah sahaja boleh dikunci pada Kaki Tiga seperti yang saya labelkan di atas..
Kunci skru tersebut seketat yang boleh supaya fork tidak tergelongsor keluar dari kaki tiga...Kemudian anda boleh memasang semula coverset dan motor anda akan nampak lebih bergaya dengan Mudguard LC..

Sekian dari saya tentang cara2 pemasangan mudguard lc dan menurunkan fork..Terima Kasih....

23 comments:

  1. salam bro.. nak tanya.. fork lagenda 115 ni camne nak kluarkan spring dy ye? atas fork tu rata xde lubang utk allen key or spana.. rata je..

    ReplyDelete
  2. wsalam...spring?maksud ko?stahu aku fork ni x da apa2 spring kcuali bhgian dlm je...fork ni bkn mcm fork 110..mmg beza,nk kuarkan dia juz bka 4 skru kat T tu...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam my pren,

    Nak tanya sikit, T handle pegang batang fork LC dan Lagenda 115z, spec yang sama ker?

    ReplyDelete
  6. Just tolak macam tu je ke..?? x yah buat ape2 ke kat batang fork tu.. mcm kne canai (grind) sket ke..??

    ReplyDelete
  7. badly: x sama...fork lc ada stopper...fork lagenda 115z x da stopper...

    Donny: yup...bka 4 skru kat atas tu,trus tolak fork ke atas...x yah canai..T handle lagenda 115z lebih mudah dr T handle LC and model2 yamaha yg lain...

    ReplyDelete
  8. sekom!!! nak tnya cikit???kat mana ada jual BRACKET kat arena sungai petani????

    ReplyDelete
  9. kalau buat kat lagenda 110z boleh ke??dan same ke step nak buat nye?

    ReplyDelete
  10. aslm.. bro bleyh x kriss120 lowerdkn ??sbb dh bkak 4 skru , pas2 dh enjut2 motonye tpy x naeq2 jgarq .. mcm mne 2 bro ?

    ReplyDelete
  11. salam bang. kalo dah buat macam ni bole ker kalo nak pakai fork brace lc? http://www.racingboy.com.my/v3/products/racing-boy/handling-system/item/240-fork-stabilizer-v2-lc#!prettyPhoto[gallery4a9ddd2cea]/3/

    ReplyDelete
  12. bracket brand apido...untuk big bike..tanya jer tauke kedai.. =)

    ReplyDelete
  13. Bro napa aku punye 4 skru tu ketat sgt tak boleh nak longgarkn langsung...mcm nak kena antar kedai aje.

    ReplyDelete
  14. Salam mau tnye..bracket tu harganya aggaran brpe ringgit?? ..trima kasih

    ReplyDelete
  15. HELLO BRO NK TANYA CAMNE NK RENDAH KAN FORK YAMAHA SPORTS SS 110

    ReplyDelete
  16. Aslm bro brape inci turunkn fork tu??

    ReplyDelete
  17. kenapa kena ikat 2 skru je bro lepas turun fork?? sy ikat 4biji skru ok je.sekadar nak tahu...

    ReplyDelete
  18. Harga bracket tu brape?? Mudguard LC version berapa?? Harga mudguard??

    ReplyDelete
  19. Asslm bos... Tu bracket jenis apa ye?

    ReplyDelete
  20. Assalam..klau nk tuko ke mudgad lc..xperlu tuko fork lc ke?pakai fork lagenda jela?

    ReplyDelete
  21. asalam bro.. nk tnya.. klau nk psang mudguard lc dkt legenda 115..kne tkau fork lain tak??

    ReplyDelete
  22. Mana nak dapat link bracket tu ye? Saya nak cuba buat dekat lagenda 110😁 Harap² ada yang kasi link bracket tu

    ReplyDelete